Search This Blog

Sunday, 5 May 2013


TESTIMONI : ATASI BAU BADAN DENGAN ALFALFA COMPLEX SHAKLEE
===================================

Apakah yang dimaksudkan dengan bau badan?

Bau badan atau bromhidrosis (juga disebut bromidrosis, osmidrosis dan ozochrotia) adalah bau bakteria pada tubuh. Bakteria tersebut bertambah jumlahnya dengan cepat kerana kehadiran peluh, tetapi peluh sendiri sebenarnya tidak berbau. Bau badan sering berhubungan dengan rambut, kaki, anus, kulit, ketiak, alat kelamin dan mulut.
Peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalah punca yang menyebabkan badan berbau. Bau badan dipengaruhi juga oleh beberapa jenis makanan seperti bawang putih dan kari.

Adakah terdapat individu tertentu yang lebih cenderung untuk mendapat bau badan?

Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan. Walau bagaimanapun, remaja lelaki lebih cenderung mendapat masalah bau badan berbanding remaja perempuan.

Apakah tanda-tanda individu mendapat bau badan?

Bau yang tidak menyenangkan terutama selepas berpeluh. Bau badan hilang selepas mandi.

Adakah terdapat rawatan untuk mengatasi masalah bau badan?

Gunakan sabun anti bakteria.
Gunakan penyah anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)

Bagaimana individu boleh mengurangkan masalah bau badan?

* Kerapkan mandi.
* Selalu menukar pakaian.
* Memakai pakaian yang bersih.
* Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semula jadi seperti kapas dan sutera.
* Mencukur bulu ketiak.
* Mengurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah dan kari


p/s:anda juga boleh mencuba alfalfa complex yg di katakan mampu mengatasi masalah bau badan ini..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...