Semasa di trimester pertama, terlalu banyak perubahan yang mungkin dirasai oleh ibu. Perubahan fizikal,emosi,dan terutamanya fisiologi sangat ketara. Pada kebiasaannya ibu akan merasai perubahan ini seawal 6 minggu, iaitu lebih kurang 2 minggu selepas lewat haid.Antara tanda-tandanya;
1. Buah dada membesar
Tanda paling awal dialami oleh ibu mengandung. Buah dada akan terasa tegang dan sesetengah ibu akan merasa sakit. Ini adalah disebabkan pengeluaran hormon estrogen dan progesteron sebagai persediaan ibu untuk menyusukan bayi.Saat ini ibu-ibu perlu menukar size baju kepada yang lebih besar dan selesa.
2.Keletihan
Merasai keletihan luar biasa adalah sesuatu yang normal bagi ibu-ibu sewaktu di trimester pertama ini. Ini kerana banyak perubahan tubuh yang berlaku. Beberapa jenis hormon termasuk steroid akan dikeluarkan oleh tubuh. Janin yang masih awal juga mengeluarkan hormon hCG yang menyebabkan keletihan, loya dan muntah. Oleh itu, ibu-ibu dinasihatkan banyak berehat agar tenaga dapat disimpan dan penyerapan makanan untuk bayi dapat berlaku secara optimal. Bagi mengatasi masalah ini ibu-ibu juga boleh mengambil suplemen. Suplemen dari shaklee seperti vitamin B COMPLEX ESP dan dapat membantu mengatasi masalah di kalangan ibu-ibu hamil yang bekerja sekaligus bertindak sebagai anti stress.
3.Loya, muntah dan tidak lalu makan
Majoriti wanita hamil akan mengalami sedikit sebanyak perasaan ini. Ada wanita yang loya pada waktu pagi selepas menggosok gigi, ada wanita loya selepas pulang kerja dan ada yang loya sepanjang waktu. Punca sebenarnya loya tidak diketahui tetapi ia sering dikaitkan dengan hormon hCG yang dikeluarkan janin. Ada wanita dan suami yang berasa bimbang dan cemas jika janin tidak mendapat pemakanan secukupnya disebabkan keadaan ini. Bagi membantu masalah ini anda boleh mengambil suplemen yang selamat bagi memenuhi keperluan mineral dan vitamin dalam badan anda. Suplemen dari shaklee iaitu VITA LEA adalah multivitamin terbaik yang dapat memenuhi keperluan badan anda.
4. kerap buang air kecil
sepanjang mengandung , ibu akan mengalami keadaan terlalu kerap membuang air kecil. Hormon progesteron merupakan salah satu sebab mengapa keadaan ini berlaku. Hormon ini menyebabkan sfinkter,iaitu otot kawalan pundi kencing menjadi longgar. Selain itu, keadaan rahim yang membesar , kedudukannya bersebelehan dengan pundi kencing akan menekan pundi kencing tersebut. Ini menyebabkan kapasiti pundi kencing berkurangan dan meningkatkan rasa untuk kencing.
5.pening kepala
Terdapat ibu yang pening kepala lebih kerap semasa mengandung. Terdapat juga yang mengalami 'giddy' atau terasa pitam . Rasa pening kepala mungkin disebabkan kurang gula dalam badan kerana kurang makan atau kerap muntah. Ia juga mungkin disebabkan tekanan darah yang rendah , stress ,kemurungan atau kerana tidak dapat tidur malam dengan lena. Pengambilan suplemen shaklee iaitu ESP dapat membantu mengawal paras gula dan juga tekanan darah ibu mengandung. B complex pula membantu mengatasi masalah kemurungan dan stress. Vitalea dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Ostermatrix membantu ibu tidur malam dengan lebih lena.
6. sembelit
Ini adalah perkara biasa di kalangan wanita mengandung.Hormon progesteron yang dirembeskan dengan banyak ketika mengandung menyebabkan pergerakan usus menjadi lambat dan dengan itu air lebih banyak diserap daripada najis. VITA LEA dan OSTEMATRIX shaklee dapat membantu mengatasi masalah ini.
7.kejang kaki
Ini adalah pengalaman yang menyakitkan. Sering berlaku pada waktu malam yang sejuk. Antara sebab kekejangan berlaku adalah kerana kekurangan kalsium dalam tubuh.1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium,Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari.Pengambilan Ostematrix 4 biji + segelas susu sehari dapat memberi kalsium yang mencukupi buat ibu hamil.
No comments:
Post a Comment