Untuk vitamin kehamilan bg ibu mengandung saya akan suggest mengikut usia kehamilan
Kehamilan 1st trimester:
( B complex, ostematrix, vitalea & vitamin c )
Kehamilan 2nd & 3rd trimester:
( Bcomplex,ostematrix,vitamin c,vitalea & omega )
Anda juga boleh add on ESP kerana esp sgat bagus untuk ibu hamil
Apakah fungsi setiap supplemen ini dan kenapa ibu hamil perlu ambil supplemen ni?
1. OsteMatrix (Calcium-Magnesium)
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta me
nguatkannya..vitmain
D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting
untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak
mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan
produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.
Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama
bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan
denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung
kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut
menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada
ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi
maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk
membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko
mendapat osteoporosis di usia tua.
2. Energizing Soy Protein
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon
dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung
dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya
juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga
di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia
juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu,
protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak
membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung
perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus,
penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3
bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
3. Omega 3 (Omega Guard)
3. Omega 3 (Omega Guard)
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari
peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk
otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata
baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan
4. Vitamin B Compleks
4. Vitamin B Compleks
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid
folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan
tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko
kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan
sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi
menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu
merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana
masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal
minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
5. Vitamin C
5. Vitamin C
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan
menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi
dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di
samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji
vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji
oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan
kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin
yang membawa oksigen dalam darah.
6. Vita-Lea Iron Formula
6. Vita-Lea Iron Formula
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.
Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah
masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini
berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu,
pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
No comments:
Post a Comment